Malaysia Colleges, University, Private University Colleges

 

 
  Home  |  Colleges  |  Universities  |  Undergraduate  |  Postgraduate  |  Scholarships  |  Study Abroad  |  Skills Training Guide  |  Career Guide
Part Time Degree, Distance Learning, Online Degree, Study Online, Study Part Time, Cheap Degree, Study in Malaysia, Buy Degree, Online Course, Study at Home
Malaysia Degree, Diploma, Certificate, Masters, English Course, MBA, DBA, MBBS, LLB, CLP, ACCA, LCCI, CAT
 

Pegawai Polis Diraja Malaysia

 
 

 

Ruangan ini bertujuan untuk memberikan panduan am tentang kerjaya polis. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan tentang kekosongan jawatan yang ada dalam PDRM atau satu iklan tentang sebarang eksesais pengambilan pegawai dan anggota pasukan. Pelayar dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan yang disiarkan dari masa ke semasa oleh PDRM di akhbar-akhbar tempatan dan laman web ini untuk memohon mengisi jawatan kosong. Syarat-syarat yang disiarkan adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan pihak yang menyediakan ruangan ini tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian atau liabiliti yang dihadapi oleh pengguna maklumat dalam ruangan ini.

Pendahuluan
Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

Prospek Kerjaya
Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk berada dalam salah satu daripada unit-unit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan dalam merealisasikan impian anda.

Pengurusan

  • Cawangan Pentadbiran

  • Cawangan Kebajikan

  • Bahagian Latihan

  • Cawangan Penyelidik / Pembangunan

  • Cawangan Perkhidmatan

  • Bahagian Tatatertib

  • Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan

  • Bahagian Hal Ehwal Awam

  • Cawangan Perhubungan Awam

  • Bahagian Istiadat

  • Cawangan Pembantu

  • Cawangan Persatuan Polis

  • Cawangan Kem Komandan

  • Majlis Sukan PDRM

Jabatan KDN/KA

  • Urusetia

  • Pentadbiran

  • Pembangunan / Bekalan

  • Gerakan

  • Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)

  • Unit Berkuda

  • Pasukan Gerakan Am

  • Pasukan Gerakan Khas

  • Cawangan Trafik

  • Cawangan Marin

  • Unit Udara Polis

Jabatan Siasatan Jenayah

  • NCB / Interpol

  • Bahagian D1 - Pentadbiran

  • Bahagian D2 - Pusat Pendaftaran Jenayah

  • Bahagian D3 - Naziran

  • Bahagian D4 - Risikan Jenayah

  • Bahagian D5 - Pendakwaan / Undang-undang

  • Bahagian D6 - Bantuan Teknik

  • Bahagian D7 - Kongsi Gelap / Judi / Maksiat

  • Bahagian D8 - Penyelidik / Perancang

  • Bahagian D9 - Siasatan Khas

  • Bahagian D10 - Forensik

  • Bahagian D11 - Bahagian Seksual Dan Kanak-Kanak

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

  • Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Utara/Timur

  • Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah & Sarawak

  • Bahagian Siasatan Forensik Accounting

  • Bahagian Siasatan Kewangan

  • Bahagian Siasatan Koperat

  • Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan

  • Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia

  • Bahagian Operasi/Bantuan Teknik

  • Bahagian Pentadbiran/KAB

  • Bahagian Penyelidikan/Risikan

  • Bahagian Naziran

  • Bahagian Perundangan

  • Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

  • Bahagian Siasatan Khas

  • Bahagian Penyelaras / Perhubungan Antarabangsa

  • Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian Seliaan

  • Bahagian Latihan

  • Bahagian Logistik

  • Bahagian Pendaftaran

  • Bahagian Tahanan

  • Risik Zon I

  • Risik Zon II

  • Perlucuthakan Harta

  • Soal Siasatan

  • Pakar / Bantuan Teknik

Jabatan Logistik

  • Cawangan Naziran

  • Pelupusan / Stok / Verifikasi / Hapus Kira

  • Pengkajian / Perolehan

  • Perolehan Am

  • Perolehan Teknikal

  • Bahagian Bangunan

  • Bahagian Kewangan

  • Gaji Pasukan Gerakan Am

  • Bahagian Pengangkutan

  • Bahagian Persenjataan

  • Bahagian Teknologi Maklumat

  • Bahagian Komunikasi

Bagaimana?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.

Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Cara Memohon

Jawatan Konstabel

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

  • Warganegara malaysia

  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada  tarikh 
    tutup iklan.

 Kelayakan:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktraf setaraf 
    oleh kerajaan;  dan
     

  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk 
    Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan 
    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
     

  • Bagi pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem 
    terbuka
     mestilah mendapat kepujian di dalam 2 mata pelajaran 
    termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran lain 
    dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga 
    tahun berturut-turut.

Pegawai rendah polis yang sedang berkhidmat sebagai konstabel sokongan 
boleh juga memohon. Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk makluman lanjut.

TARAF JAWATAN
Taraf jawatan adalah TETAP

KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera 
seperti berikut:-

Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi 
calon wanita tanpa bersepatu;

Berat badan sekurang-kurangnya 50kg calon lelaki dan 48kg bagi 
calon wanita

Ukuran lilitan dada biasa 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas
(lelaki sahaja)

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan 
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang 
alat bantuan;

Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;

Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan 
X-Ray.

PENAKLUKAN DI BAWAH 
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Anggota yang memasuki perkhidmatan Pegawai Polis Rendah dan Konstabel 
adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

1.     DISKRIPSI TUGAS

        Menjalankan tugas-tugas kepolisian selaras dengan fungsi di Jabatan 
        Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam 
        Negeri Dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan 
        Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah
         Komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah rondaan mencegah 
        jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, 
        mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut 
        dan di udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana
         aman  dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.

2.    FAEDAH KERJA

        Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang 
        menarik antaranya:

        a.     Kemudahan perubatan percuma

        b.     Bayaran insentif wilayah

        c.     Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar di antara RM 50 hingga RM 300 
                mengikut negeri atau daerah

        d.     Kemajuan Pangkat selepas 4 tahun perkhidmatan dan disahkan
                dalam perkhidmatan layak dimajukan ke pangkat Lans Koperal. 
                (Gaji Permulaan RM1,386.21)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan Inspektor

SYARAT LANTIKAN:-

Wargenegara Malaysia.

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh 
tutup iklan.

Kelayakan Akademik:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                             

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf atau setaraf dengannya daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. 

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan / Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf 
setaraf dengannya.

Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
.

TARAF JAWATAN
Taraf jawatan adalah TETAP

KELAYAKAN FIZIKAL
Kelayakan fizikal bagi jawatan ini hendaklah mempunyai ukuran badan dan pancaindera seperti berikut:-

Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa bersepatu;

Berat badan sekurang-kurangnya 50kg calon lelaki dan 48kg bagicalon wanita

Ukuran lilitan dada biasa 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan 
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan;

Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;

Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Anggota yang memasuki perkhidmatan Pegawai Kanan Polis adalah tertakluk 
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa 
serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

-Inspektor adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis yang kosong apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan dan diperaku layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh pegawai memerintahnya.

Peringatan

    • Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga

    • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Pertanyaan

Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur

Tel : 03-22626314, 03-22626315, 03-22626316, 03-22626320

 

 

 
     
  International Students   Students Corner   Study Abroad   About Mycollege Portal    
 
Studying in Malaysia  
Cost of Living  
Entering Malaysia  
   
   
   
National Education Spotlight  
Events  
School Holidays  
   
   
   
Student Placement Agency  
Studying in UK  
Studying in Australia  
Study Medicine  
   
   
About us  
Advertise with us  
Press Release  
Terms of Use  
Disclaimer  
All Rights Reserved